C I N D E R E L L A !
Put something here.

Home site Me You STUFFS
Brian Chen .. ;)
Saturday 19 November 2011 ✿ 05:08 ✿ 0 Royal Person (s)
Umur: 25
Asal: Damansara
Pekerjaan: Auditor
Hidangan Kegemaran: Hidangan Sayuran
Lokasi Percutian Kegemaran: Disneyland
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Masakan untuk kesihatan
Pencuci Mulut Kegemaran: Carrot cake
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both

PROFIL 

   Penyakit kanser yang dihidapi ayah Brian tidak memutuskan semangatnya untuk terus maju. Malah situasi inilah yang mengilhamkan Brian untuk memasak masakan sihat dengan diet istimewa khas buat ayahnya. Tidak mungkin Brian terjebak dalam bidang masakan ini tanpa dorongan dan semangat daripada ayahnya.
Kesegaran sesuatu masakan dengan kualiti ramuan semulajadi menjadi pilihan utama Brian dalam masakannya. Masakan daripada negara Perancis terutamanya yang menjadikan sayuran segar sebagai bahan utama sentiasa digunakan Brian dalam masakannya


    Brian sangat mengagumi sebilangan chef yang merubah kehidupan mereka daripada bidang bukan masakan kepada bidang masakan sehingga menjadi chef terkenal di dunia. Antaranya adalah Chef Wan yang merupakan seorang akauntan sebelum bergelar Chef Selebriti Terbaik Dunia, Laura Calder, chef yang berasal dari Kanada, merupakan graduan dari London School of Economics dan mendiang Julia Child yang pernah menjadi jurutaip di Office of Strategic Services semasa Perang Dunia Kedua. 


     Menjadi tanggungjawab Brian untuk memasak kepada kedua ibu bapanya. Mereka berdualah sumber inspirasi Brian untuk meneruskan perjalanan dalam bidang kulinari. Bapanya yang menghidap kanser membuatkan Brian ingin mencuba diet istimewa khas buat bapanya.
Impian Brian adalah untuk memberi harapan kepada sesiapa sahaja yang ingin mengubah dari gaya hidup sekarang kepada bidang kulinari. Menurutnya, tidak mustahil bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kesungguhan dalam memasak untuk terus menyusuri perjalanan ini. Jika seorang auditor boleh memasak, sesiapa juga boleh memasak!

Dashboard Follow

Little Disclaimer;
Sepatah dua kata
Siti Hajar Sulaiman is here !!!!!


Jaja is here :),Taken by Amirul.



Something
Choose background